Dikuasakan oleh Blogger.

Rahsia @ Petua Cinta Sejati Terpelihara..

Ikuti 10 petua berikut untuk memelihara cinta sejati anda berdua yang diharapkan bakal berakhir ke jinjang pelamin kelak..

1. Pilih pasangan yang sesuai.
Terlalu ramai yang memilih pasangan sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segala-galanye.Secara jujur tanya pada diri sendiri " Dapatkah aku mencintai dia dengan cara sebenarnye tanpa harapan untuk berubah? " Jika tidak, buat keputusan mencari yang lain..

2. Jangan terburu-buru.
Jangan menurut kehendak nafsu kerana ramai yang terjebak dalam persoalan ini. Mereka sanggup berkorban membuta tuli tanpa memikirkan risiko bakal ditinggalkan..

3. Percaya pada kelemahannye
Anda harus bertanya pada diri sendiri " Adakah dia sudah bersedia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinye, kemudian baru mengingati aku?? "

4. Tutup mulut.
Jangan menceritakan kelemahan dan keburukan pasangan pada rakan anda. Bertanggungjawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnye dan saling merahsiakan antara satu sama lain..

5. Terima seadanye.
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, malahan selamanye..

6. Jadi pemerhati.
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannye. Paling penting, sentiasa mengambil berat terhadapnye..

7. Buktikan siapa diri anda.
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan cuba berbincang cara penyelesaikan masalah anda berdua..

8. Kekasih lama kembali.
Perasaan buntu dan bercelaru mungkin diri membuat keputusan. Buatlah keputusan supaya tidak mencintainye lagi. Lupakan segala kisah silam, dengan memulakan kehidupan dan cinta baru yang mungkin menjanjikan kebahagiaan selama-lamanye..

9. Bukan perigi mencari timba.
Anda mungkin tidak sedar cinta sejati membuatkan anda seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Sebaiknye haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang apa yang berlaku dalam hubungan..

10. Hargai diri sendiri dan pasangan.
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cara mengungkapkan kata-kata romantis @ lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinye..

0 Komen Adik Comel:

Catat Ulasan