Ianya amat-amat menarik dan bagus untuk dijadikan sebagai panduan bagi mereka-mereka yang sedang berpasangan...
1. Beriman.
Untuk
menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman
anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan
cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.
2. Jangan ' minder ' dan selalu mengenang masa lalu.
Jangan
bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu
kesalahan dimasa lalu, jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah
positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahawa anda tidak
sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahawa anda
adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar
menjadi pasangan yang tidak sepadan.
3. Romantis.
Ketika
suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang
terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya
pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama
kali mereka menjalin hubungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah
sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam
membina hubungan tersebut adalah mutlak.
4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda.
Berapa
kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang
sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana
ingin membuat pasangan anda bahagia. Bagaimana perasaan anda ketika
mengejarkan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap
anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaliknya
anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang
senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk
mengatasinya bersama.
5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi.
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan...??
6. Jangan merendahkan pasangan anda.
Tidak
ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing-masing mempunyai daya
fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan
pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan,
bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar??
7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi.
Kepercayaan
adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina
dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan
anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan
datang??
8. Usahakan untuk selalu berada disisinya.
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup. Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka mahupun duka.
9. Komunikasi.
Dunia
berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi
dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda
baru menyadari bahawa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin
lebar.
10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda.
Hormatilah
pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan
sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan
anda.
11. Jujurlah selalu.
Biasanya
suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan
didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui
kebohongan yang tersimpan, tetapi fakta bahawa anda mengetahui
kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda mahupun pasangan anda.
Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.
0 Komen Adik Comel:
Catat Ulasan