Dikuasakan oleh Blogger.

Pengalaman Merentas Desa

pada 15 Mac tahun lepas, Sekolah saya telah mengadakan acara merentas desa. Semua pelajar dikehendaki menyertai acara tersebut. Saya dan kawan baik saya,turut menyertai acara tersebut.

Saya tiba disekolah pada pukul 7.35 pagi. Acara merentas desa ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Sebelum memulakan acara tersebut, semua pelajar diarahkan berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat dan arahan daripada guru. Selepas itu, Kami diarahkan untuk berbaris di padang sekolah mengikut tingkatan.

Acara dimulakan dengan para pelajar tingkatan 5 dan seterusnya sehinggalah tiba giliran saya. Apabila wisel ditiupkan, saya terus berlari dengan pantasnya. Apabila tiba di pertengahan jalan , saya mula berasa penat dan ingin berhenti tetapi saya meneruskan juga larian saya sehingga ke garisan penamat.

Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. Cikgu memberitahu bahawa 10 orang peserta yang tiba awal sahaja akan menerima hadiah. Cikgu mengumumkan nama saya. Saya berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara merentas desa ini. Saya berasa sangat gembira walaupun tidak berjaya menjadi  johan. Manakala, kawan baik saya, tidak berjaya dalam petandingan merentas desa. Saya berkongsi kegembiraan bersama-sama. Apabila tiba di rumah pula, saya menunjukkan hadiah yang dimenangi kepada ibu. Ibu turut gembira dengan kejayaan saya ini.
Sekian Terima Kasih

0 Komen Adik Comel:

Catat Ulasan