Bismillahirrahmanirrahim..
Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,
Semoga
dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh
badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim.
Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu
yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun
dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan
kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..
Sahabatku,
Sepanjang
cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu
mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar
dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan
teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan
sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku
melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku
akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak
kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun
diriku kecundang jua.
Sahabatku,
Kadang-kadang
banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang
siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan
hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi
bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu,
banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari
kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang
masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.
Sahabatku,
Aku
tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau
mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku
ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua
manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan
kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang
membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan
memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan
kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang
memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau
menjadi seperti mereka?
Sahabatku,
Aku
tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku
mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku.
Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini
agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah
kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.
Sekian dariku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen Adik Comel:
Catat Ulasan