Dikuasakan oleh Blogger.

Ayat Putus Cinta



Aku menangis, bukan kerana aku memerlukanmu, bukan kerana aku mahu kau kembali padaku tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi.

Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpamu. Aku akhirnya dapat menerima tragedi cinta kita. Kemudian kau tersenyum padaku dan merosakkan segala-galanya. Aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu.

Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.

Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagian untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.

Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan airmata.

Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi tuhan yang menentukan jodoh kita.

Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.

Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.

Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannnya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

0 Komen Adik Comel:

Catat Ulasan