Dikuasakan oleh Blogger.

Redha Dengan Ujiannya




Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang masih panjangkan usia kita.Dengan rahmat dan kasih sayangnya. Kita dapat bernafas dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba di muka bumi ini.

Bagi semua para pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan (SPM), tentu sudah bersedia dengan segala persiapan sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Malah, tidak kurang juga ada di kalangan para pelajar yang berada dalam tekanan kerana tidak membuat persediaan dari awal.

Tekanan memang tidak boleh dielakkan di dalam kehidupan. Terpulang kepada semua untuk menghindari dan menghadapinya, asalkan tindakan tidak lari daripada landasan syariat Islam. Letakkan segala pengharapan dan keputusan kepada Allah SWT.

Sebagai pelajar yang beriman, keepercayaan yang kukuh terhadap ketetapan Allah SWT selepas berusaha, berdoa dan bertawakal merupakan jalan yang terbaik untuk menghadapi tekanan.

Berfikirlah secara positif bahawa Allah SWT akan menolong apabila persiapan yang rapi telah kita lakukan. Namun, sekiranya persediaan yang rapi telah dilakukan tetapi kita masih lagi tidak mampu untuk mendapat keputusan yang baik, redha dengan apa yang berlaku kerana mungkin ada kesilapan yang tidak disedari.

Persediaan awal merupakan senjata yang paling ampuh untuk menghadapi peperiksaan dan tekanan. Kelalaian yang berlaku boleh menjadi batu penghalang kepada kejayaan di dalam peperiksaan. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Yakinlah dengan diri sendiri bahawa semua boleh berjaya di dalam peperiksaan dan buatlah persediaan yang secukupnya, di samping bertawakal kepada Allah SWT. Semoga kejayaan yang diimpikan berada di tangan kita. INSYA-ALLAH..

SEKIAN TERIMA KASIH

0 Komen Adik Comel:

Catat Ulasan