YA ALLAH..
Betapa banyak usia kubazirkan dalam dosa. Aku ingkar segala perintah-Mu.
Ku turuti runtunan nafsu yang jahat itu. Apa sahaja bisikan syaitan aku
ikut dengan rela. Kaki kuhayun mencari maksiat. Tanganku memegang dosa.
Sepatutnya nikmat kaki dan tangan kugunakan untuk taat kepada-MU.
Begitu juga dengan nikmat-nikmat lain yang KAU anugerahi, yang aku
terima secara percuma.
YA ALLAH..
Masih sudikah KAU mengampuniku yang serba kotor ini ?
Aku bimbang ya ALLAH, jika KAU tidak mengampuniku. Jika usiaku panjang,
aku akan hidup dalam kehinaan. Jika usiaku pendek, seluruh isi alam akan
berkata ' Kami sudah tahu di mana kau akan dihumbankan buat
selama-lamanya'.
YA ALLAH..
Dosaku terlalu banyak. Aku berasa malu. Namun, dengan penuh keinsafan
aku merayu, kumohon KAu memberiku dua perkara. Aku ingin memohon
keampunan-MU. Aku pernah mendengar mereka berkata, ENGKAU Maha
Pengampun. Rahmat-MU juga Maha Luas.
YA ALLAH
DENGAN RAHMATMU
AKU MOHON
PERTOLONGAN DARIMU
PERELOKKANLAH
SEGALA URUSANKU
DIDUNIA MAHUPON AKHIRAT
amin.. amin.. amin
hanya pada-MU aku meminta, memohon dan merayu
Ya Allah
Kau perkenankanlah segala doaku
hati dan perasaanku hanya ENGKAU sahaja yang tahu
Ya Allah.
sedihku, gembiraku, risauku, cemasku
hanya ENGKAU yang tahu
sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
hanya pada-MU ku panjatkan syukur
ya RABB
0 Komen Adik Comel:
Catat Ulasan