"Nikmat
paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai
ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan
yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah
kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."
UKHUWAH........
Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih
sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia
menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah
ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu
terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah
kami...
Coretan
ini kutujukan khas buat insan yang bergelar
sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin
mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli..
sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan
akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.
Ukhuwah
itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah
semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi
kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan
hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga...
sahabat....
sabda
Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan
puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih
sayang kepada sesama muslim.."
Tidak
rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah
kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya
dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping
taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak
menyakiti seorang muslim..
sahabat..
Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering
mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya
dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam
UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada
hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih.
Ukhuwah
merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna
iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T
yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu
bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)
sahabat...
Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli
dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan
ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang
dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..
Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat....
Tahukah
ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH
dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah
berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan
syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap
keadaan.
sahabat,
ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak
lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang.................
Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH
ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.
ukhuwah dapat diselami apabila kita:
"sekiranya
seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut
bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD &
TARMIZI)
"sekiranya
berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa
ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."
"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>"
"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"
"hendaklah
prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila
diperlukan." "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."
sahabat....
Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga.
ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang
mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah
ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG
MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..
0 Komen Adik Comel:
Catat Ulasan