Assalamualaikum
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat
akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?
Na’uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi
sebaliknya yaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak
& saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!
PERTAMA – AYAHNYA
Apabila
seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya
di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
KEDUA – SUAMINYA
Apabila
sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas
di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan
kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia
seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia
akan ditarik oleh isterinya.
KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila
ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak
abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan
adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan
adiknya di akhirat kelak.
KEEMPAT – ANAK LELAKINYA
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram
dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata &
sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di
akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya
tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya
begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak
harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.
Firman ALLAH SWT:-
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU…”
Hai
wanita, kasihilah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri,
jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.
0 Komen Adik Comel:
Catat Ulasan