MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..KISAH YANG BANYAK PENGAJARANADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
Dalam
satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di
tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku
yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka...
Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri: Abang
tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang
sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri: Tak
boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya
sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah!
Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman
manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama
Sayang!"
Si
isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan
koma.
Si
suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini:
"Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika
disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang
bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika
disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau
melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah
cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."
0 Komen Adik Comel:
Catat Ulasan