Bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita? Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua...
1.
Berikan perhatian sepenuhnya - Apabila si dia mula berkata-kata,
tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan
dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun
terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling
ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga
seorang lelaki.
2.
Pandang matanya - Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya.
Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan
membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan
perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.
3. Jangan berikan pendapat - Apabila si dia meluahkan perasaaan,
jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai
contoh, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik
tu." Jangan pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke,
nak tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat
mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan
bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan
pendapat kecuali diminta.
4. Bertanyakan soalan - Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita,
tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini
menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan.
Saya guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh
tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda
tanya, "La...macam mana dia boleh jatuh?".
5. Berikan sokongan kepadanya - Sekiranya pasangan anda sedang
marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si
dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan
jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan
menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia
bertambah marah.
6. Ulang semula apa yang dikatakan - Anda juga boleh mengulang semula
apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya.
Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok
pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu
jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita
selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.
7. Diam dan jangan berkata apa-apa - Tetapi, jika topik luahan
perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik
anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan
telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia
luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia
lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.
Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.
Perempuan
akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari
oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan
perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar
yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina percintaan yang
bahagia selamanya...
0 Komen Adik Comel:
Catat Ulasan